Sistem Aduan dan Maklum Balas ini merupakan saluran rasmi yang diuruskan oleh Bahagian Kemahiran, Kolej Kemahiran Johor bagi mendapatkan respon pelanggan terhadap perkhidmatan atau sebarang pertanyaan mahupun masalah berkaitan Kolej Kemahiran Johor. Setiap maklumat yang diterima akan dilindungi sepenuhnya mengikut peruntukan Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711).