AKTIVITI PELAJAR
Sepanjang tempoh pengajian di Kolej Kemahiran Johor, para pelajar didedahkan dengan pelbagai aktiviti yang dirancang berasaskan lima (5) teras utama, iaitu: Kerohanian (Spirituality), Kepimpinan (Leadership), Kesukarelawanan (Volunteerism), Kebudayaan (Culture) dan Kesukanan (Sports). Teras-teras ini menjadi landasan penting dalam membentuk sahsiah serta keperibadian pelajar secara menyeluruh.
Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) memainkan peranan utama dalam merancang, mengurus dan melaksanakan pelbagai program pembangunan pelajar melalui unit-unit di bawahnya iaitu:
Unit Asrama & Aktiviti
Unit Kaunseling
Unit Disiplin & Tatatertib
Penyertaan aktif para pelajar dalam aktiviti kokurikulum bukan sahaja memberi pengalaman bermakna, tetapi turut menyumbang kepada pembangunan kemahiran insaniah yang sangat diperlukan dalam dunia kerjaya masa kini. Antara manfaat yang diperoleh daripada penglibatan ini termasuklah mengasah bakat kepimpinan, meningkatkan keyakinan diri, mengukuhkan kemahiran pengurusan masa, serta memupuk kematangan dalam berinteraksi dengan masyarakat.
Melalui pelaksanaan aktiviti yang berfokus dan berimpak tinggi ini, pelajar Kolej Kemahiran Johor bukan sahaja cemerlang dalam aspek kemahiran teknikal, malah turut berkembang dari sudut jati diri, sahsiah dan nilai kemanusiaan.
